Tuesday, April 5, 2011

ANEMIA..merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras HEMOGLOBIN seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11 gm%.

Punca-Punca Anemia
Disebabkan oleh kekurangan nutrien seperti zat besi, asid folic atau vitamin B12 dan juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing dan thalasemia. Walaubagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien berpunca daripada masalah berikut:

  • Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya
  • Makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah
Tanda-tanda Anemia
  • Pucat
  • Letih dan lesu
  • Pitam
  • Kerap mengalami sakit kepala dan pening
Kesan-kesan Anemia
Kepada Ibu
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa bersalin
Kepada Bayi
  • Kurang berat lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Anak lemas semasa lahir (Asphysia)
  • Pertumbuhan bayi terbantut
Panduan Pemakanan untuk Pencegahan Anemia
1. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi
Cth: Sumber haiwan- Daging, ayam, hati/pedal ayam/hati lembu/kerang/ikan dan ikan bilis
Sumber tumbuh-tumbuhan- Peria, kangkung, bayam, taugeh

2. Tingkatkan pengambilan vitamin C
Cth: Jambu batu, buah kiwi, limau manis, limau nipis, mangga, nenas, belimbing besi,
tembikai dan buah betik

3. Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi
Elak mengambil teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran. Jika teringin untuk meminum teh atau kopi jarakkan selama 2 jam daripada waktu makan utama. Gantikan dengan jus buah-buahan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

4. Amalkan pengambilan hematinik
Ibu-ibu hamil akan dibekalkan dengan pil suplemen yang terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Pil-pil suplemen ini akan meningkatkan paras hemoglobin dalam darah dan mencegah anemia.

Pengambilan pil-pil suplemen ini boleh menimbulkan kesan mual, loya atau sembelit dan warna najis juga bertukar ke warna kehitaman. Ini menandakan pil suplemen berkenaan telah diserap dengan begitu baik di dalam tubuh kita.

Status ANEMIA
HB < 9 gm% - Anemia teruk
HB antara 9 - 10.9 gm% - Anemia sederhana
HB 11 gm% dan ke atas - Normal

Sumber: Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Smoga apa yang jue share di atas bermanfaat untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu smua..Jagalah pemakanan kita kerana apa yang dimakan turut sama mempengaruhi kesihatan bayi kita..jue juga menghadapi masalah HB yg naik turun, tp setakat ini masih terkawal..jenuh jgk mkn kerang tiap2 mgu bg memastikan tahap HB naik nie..tp demi bby x kisahla..janji sihat..=)

0 comments:

Post a Comment