Thursday, July 21, 2011
Terkenang-kenang..
Dia sangat setia..matanya sentiasa redup memandang ke arah kami bila kami memarahinya..
Dia mengenali kami siapa..kami marah sebab kami sayang..
Kami tidak peduli fizikalnya yang telah tidak sempurna..
Orang sinis memandang..namun kami memuliakannya..
Dia berbau busuk..najis merata-rata..
Kami sabar memandikannya..menyuap makannya...
Waktu itu hanya mata yang mampu berinteraksi..
Nafasnya sekejap tinggi..sekejap perlahan..
Hanya kudratku dan sabarku menjadi kekuatan..
Mahu dia sihat seperti sediakala..
Biar apapun orang kata..
Wang tidak menjadi penghalangnya..
4 purnama dia bersama..
Terkilan..
Satu malam ku sedia makannya seperti biasa..
Diseru tidak pulang-pulang..
Hatiku gelisah tidak keruan..
Namun fikir kami dia keluar berjalan-jalan..
Tetapi rupanya hanya jasad kami temui..
Dia tidak bernyawa lagi..
p/s: Semoga kamu tenang di sana SI OREN..memang kami sgt menyayanginya..biarpun dia tidak sempurna lagi..dia sudah sihat tatkala aku sudah abis pantang..aku kembali untuk menjaganya..dia sudah boleh berjalan..berlari walaupun dia jatuh tergolek disebabkan pinggangnya yang pernah patah disebabkan insiden itu..kami tahu dia menyayangi kami kerana tidak pernah dia meninggalkan kami sekeluarga..Kami tetap sayang kamu....
Labels: Alam Kucen
0 comments:
Post a Comment