Assalamualaikum kwn2..sekadar sambungan
Pengalaman Bersalin Part 1 yg tertangguh disbbkan Nasryn yg baru bgn tido..kalau nak menulis masa dia cergas & aktif jgn haraplah..hehe
Semasa sms dgn hubby jue terus minta maaf, minta dihalalkan segala makan dan minum kerana jue tau hubby tak boleh masuk dlm labor room, dia dah gitau awal2 lagi..lebih kurang kul 12tghr doc dtg cek bukaan dan telah mencapai 4cm. Katanya persiapan di labor room dah dibuat dan bila2 masa akan dihantar ke sana. Terus mesej hubby minta dia dtg ke hospital segera.
Setelah berada di labor room, kat situ sakit contraction makin kerap..dalam kiraan 5 min skali..hubby masa tu ada kat sblh, jue pegang tgn dia masa contraction dtg..pegang tgn dia kuat2..rasanya hubby turut sama blh rasa sakit masa tu sbb jue sendiri tak sedar betapa kuat jue genggam tangan dia bila dtg contraction..huhu..
Bila sakit dah tak tahan sgt jue tekan satu alat untuk panggil nurse dtg..nurse dtg cek dan terus panggil doc..rasanye hampir sepuluh org doc bg sokongan masa tu..air ketuban dipecahkan dan jue diberitahu baby dah berak..tp ditahap MILD..dia ckp masih ok lagi dan tak membahayakan..bukaan juga dah capai 10cm tapi jue cuba push sekuat tenaga tapi bby masih jgk taknak keluar..doc ckp kita tak pandai push..siap ajar lg camne nak push..at last bby masih taknak keluar, doc bimbang bby lemas katanye..terpaksa minta izin suami untuk vakum..huhu..masa tu dah taknak pikir ape2 dah..asal bby selamat keluar buat je apa yg patut..
Akhirnya terpaksa guna vakum, masa push doc tunjuk alat vakum jue pun dah pejam mata taknak tgk..disuruhnya bukak mata..aduhai..doktor, sy ni rabun..bukak mata pun tak nampak ape2..nampak camtu2 jek..hehe..tp betul2 tak blh bukak mata masa tu..akhirnya push..push..push..entah berapa kali akhirnya..zupp.. rasa panas dan ringan perut ni..Alhamdulillah..baby selamat dilahirkan dan doc terus letakkan diatas perut jue..masih bertali pusat, berdarah..doc terus tanya.."nampak tak jantina apa?" jue senyum dan jawab "perempuan..." Masa tu rasa kelakar pon ade..dah macam dlm kelas plak..rasa lega bila baby menangis dgn kuatnye..ASSALAMUALAIKUM ANAKKU...
Kelahiran dicatatkan pada jam 2.55ptg, dgn berat 3.36kg di Hospital Serdang..saat yg paling indah sekali bila bergelar sebagai seorang ibu..apatah lagi apabila melihat suami terharu pertama kali melihat wajah darah dagingnya..inilah Bunga
( Nasryn ) hati ibu dan ayah..
WAN NUR NASRYN HUDA BINTI NAZARUDIN..
0 comments:
Post a Comment